Bersama-sama kita berbagi bermacam-macam resepi.. Kita tidak ada ilmu lain untuk disumbangkan
ada sedikit ilmu yang kita ada pun sudah cukup.. Semoga anda berpuas hati dengan apa yang kami simbangkan disini, Anda Berpuas Hati.. Kami senang hati ~
Meruku Holiauw
Wednesday, 12 September 2012
RESEPI MARUKU
(Maruku)
Bahan-bahan :
-250g tepung maruku
-250g tepung pulut
-50g ke 80g bijan
-1 sudu besar serbuk cili
-1 sudu besar jintan putih - boleh blend
-1 sudu besar jintan manis - boleh blend
-1sudu besar lemuju / jemuju - boleh blend
-2 sudu besar mentega / butter
-2 biji telur
-250 ml santan + setengah sudu besar garam
-daun kari untuk tabur masa menggoreng
-minyak untuk menggoreng
*** Untuk menambah wangi dalam adunan boleh juga ditambah sedikit daun kari yang dikeringkan kemudian dikisar halus. ***
Tuesday, 11 September 2012
Monday, 10 September 2012
Wednesday, 25 July 2012
Tentang Meruku
Murukku adalah makanan tradisional kaum India Malaysia yang resepi nya berasal dari India Selatan terutamanya dari Tamil Nadu. Muruku telah mengambil tempat di hati semua masyarakat berbilang bangsa di negara ini. Murukku adalah makanan ringan yang sedap, rangup dan senang dibuat dan murah kosnya.
Cara-cara membuat Meruku Yang Sedap
1. Masukkan bahan-bahan kering iaitu tepung, jintan, lemuju, bijan dan serbuk cili ke dalam mesin pasta. **Garam tidak digunakan dalam resepi ini kerana tepung jenama Gemini ini telah ada campuran garam.
2. Tekan butang ke mod menguli (Mix)
3. Masukkan air/santan sedikit demi sedikit sampai habis. Tempoh diambil untuk menguli lebih kurang 5 min sahaja. Tidak perlu tunggu hingga menjadi seketul doh..memadai jika nampak campurannya sebati.
4. Hentikan mesin pasta sebentar. Tukar ke mod untuk keluarkan doh melalui acuan maruku. Part ni kena tunggu depan mesin ni utk sambut dan bentukkan doh yang keluar dalam bentuk/saiz yang disukai.
5. Begini la rupanya..maruku di tapak tangan!! Seronok tau..laju ja dia keluar..kena on dan off laa...kalau tak jadi panjanggggg....sedia untuk di goreng!
6. Ini kalau dibiarkan panjang, kita tadah dengan pinggan atau tudung periuk...pusing2 la supaya bagi jadi lingkaran..:-)
7. Goreng la hingga kekuningan... dan enjoy! ...selamat mencuba ya :-) Pasti seronok menyediakannya utk yg tersayang...lihatlah anakku itu yg begitu asyik menikmatinya...heheh eksyen jer lebih
Subscribe to:
Posts (Atom)