Pages

Wednesday, 25 July 2012

Tentang Meruku 


Murukku adalah makanan tradisional kaum India Malaysia yang resepi nya berasal dari India Selatan terutamanya dari Tamil Nadu. Muruku telah mengambil tempat di hati semua masyarakat berbilang bangsa di negara ini. Murukku adalah makanan ringan yang sedap, rangup dan senang dibuat dan murah kosnya.  


Cara-cara membuat Meruku Yang Sedap 


1. Masukkan bahan-bahan kering iaitu tepung, jintan, lemuju, bijan dan serbuk cili ke dalam mesin pasta. **Garam tidak digunakan dalam resepi ini kerana tepung jenama Gemini ini telah ada campuran garam.



2. Tekan butang ke mod menguli (Mix)

3. Masukkan air/santan sedikit demi sedikit sampai habis. Tempoh diambil untuk menguli lebih kurang 5 min sahaja. Tidak perlu tunggu hingga menjadi seketul doh..memadai jika nampak campurannya sebati.


4. Hentikan mesin pasta sebentar. Tukar ke mod untuk keluarkan doh melalui acuan maruku. Part ni kena tunggu depan mesin ni utk sambut dan bentukkan doh yang keluar dalam bentuk/saiz yang disukai.



5. Begini la rupanya..maruku di tapak tangan!! Seronok tau..laju ja dia keluar..kena on dan off laa...kalau tak jadi panjanggggg....sedia untuk di goreng!


6. Ini kalau dibiarkan panjang, kita tadah dengan pinggan atau tudung periuk...pusing2 la supaya bagi jadi lingkaran..:-)



 7. Goreng la hingga kekuningan... dan enjoy! ...selamat mencuba ya :-) Pasti seronok menyediakannya utk yg tersayang...lihatlah anakku itu yg begitu asyik menikmatinya...heheh eksyen jer lebih





No comments:

Post a Comment